Isnin, 21 Januari 2013

iklan - BETOL ATAU BOHONG?

korang perasan tak sejak dua menjak ni banyak iklan yang x logik dan kelakar, aku kadang baca paper suka tgk iklan-iklan dalam tuh, ala iklan yang jual produk2 semua tuh, nak kuat la, nak lansing la, nak putih la... tapi yang kelakar tuh cara iklan tuh diterbitkan, ada ke klu nak dapat suami muda kena minum jus ni, klu usia 40an nak jadi 20an amalkan pil ni.. hah lebih kurang mcm tuh la iklan nye.. 

kita sebagai pengguna, pembeli kena la berhati2, jangan mudah tertipu atau percaya dengan iklan2 mcm tuh, apa yang perlu buat??? en. google kan ade... cuba check betul, adakah ubat2 tuh semua berkesan macam yang iklan tuh cakap.. okeh nih ade beberapa iklan yang aku amik dari paper... cuba korang tgk, kelakar kan...


nak dapat pucuk muda di usia emas minumlah dara sunti collogen


mana2 nenek yang nak kelihatan vogue silalah g beli jus ni


nak abang kuat, soh la abang puan2 minum nih.. ngaaaummm (sampai kembang pipi makcik nooo)


abang hebat mantap!!



masalahnye bole percaya ke semua ni, klu iya pun mujarab tak perlulah buat iklan yang macam ni, aku baca pun malu, isshhhhh macam tuh la klu masing2 berebut nak lariskan produk.. hebat betol la korang nih..







Isnin, 19 November 2012

sepanjang promosi kraf inspirasi alam

promosi da habis aku baru nak bercerita, masa promosi hari tuh banyak jugak aktiviti yg berlansung tapi aku biasala protokol memang wajib (tah bila aku jadi protokol, surat apa pun x de, tetiba jer), kemudian PR buat pertandingan fotografi, pun aku bertugas. pastu plak tgh rancak promosi kraf inspirasi alam berlansung plak majlis konvo IKN, itu pun aku bertugas, sampai cirit birit la... 

hebat sungguh, 2 hari aku tak bangun, hari ke-3 baru aku bangun pegi klinik, 4 hari aku x makan, hanya minum air masak, semua benda yang masuk mulut aku semua aku rasa pahit, time tuh aku rasa mcm da nazak pun ada, ye lah aku tak penah sakit teruk mcm tuh, sampaikan menangis tersedu2 mengenangkan nasib diri, sungguh sakit aku rasa waktu tuh, perut aku sakit sgt mcm baru lepas bersalin, berjalan pun kena bongkok skit sambil pegang perut.. tak penah aku kena cirit birit teruk sampai mcm nih..

 Alhamdulillah sekarang da okeh tapi aku fobia nak makan makanan yang dijual, dan aku jadi sgt berhati2 memilih makanan, aku takut sakit perut lagi.. ubat sentiasa ada dalam handbeg aku. mana lah tau klu tetiba perut aku meragam lagi, sekarang nih aku tak bole makan pedas, sikit pun tak bole... tak pe la.. elok untuk kesihatan.. okeh gambar aku time sakit tak de, klu ade pun tak der nye aku nak tunjuk kat korang rupa org sakit, kang korang tak bole beza antara aku ngan hantu kak limah... hehehehe.. 

untuk membuktikan aku bertugas time promosi hari tuh, (cuma last2 je aku tak dapat bertugas sebab sakit kan,) tgk la gambar bukti kerja keras aku... 

majlis sidang media promosi kraf inspirasi alam



 pertandingan fotografi


 majlis konvo IKN



sekian
berkhidmat utk kraftangan


Isnin, 5 November 2012

sila telan air liur masing2

sebenarnya nih sambungan dari kisah majlis aqiqah aminazahra, ramai org dok tnya napa tak letak gambar kenuri aqiqah, aku bukan tak nak letak tapi aku tak sempat nak pegang camera pun, org ramai sgt lepas tuh dok bersalam salaman, cium semut, sembang pot pet pot pet... mna nak ingat amik gambar, tapi tak pe, adik kesayangan aku ada amik, nih pun aku mintak kat dia.. meh kita tgk menu yang ada pada majlis tuh


time nih org x ramai lagi (nih geng yg baca tahlil)



lauk yang pelbagai, org kg datang masak ramai2, sedapnya... nyumnyum.. 



ada gulai nangka, sup daging mabeles dan asam pedas batang keladi mengaum.. hahaha



ohh... lupa ayam masak merah maklong yang sgt pemes kat kampong... aku tak tau nak cerita mcm mna rasa dia tapi bila makan ayam masak merah tuh rasa mcm ngko menang 1 juta.. pecayalah kawan-kawan



air asam cicah ngan daging sup tadi.. terangkat weii..



kerabu bunga betik. penah mkn? mmg pahit skit tapi sgt baik utk kesihatan, kat utara mmg pemes.. kat sini tak tau la korang panggil apa.. (tgk kejap je da licin)



nih lagi 1 peberet aku, sambal belacan tambah buah quenen (aku tau nama quenen je, klu korang panggil buah apa?) k.yan, kzaidah ada wat sambal belacan mcm nih, tapi tak KAWWWW mcm nih.. tgk hirisan buah quenen besar2, bila gigit...wowwww... (okeh sila bayangkan seniri)



ni acar limau yang dibuat seniri oleh tok cik aku... segala mcm buah ada dlm nih.. (time aku taip aku tak tau la bape gelen air liur aku telan, korang mcm mna? masih bole bertahan ke?)



nih tapai, menu wajib atok aku, dia wat seniri wooo.. sedap, lembut, manis.... aduhhhh... (telah lagi air liur, klu time pose, aku rasa da batal pose aku dok telan air liur bergelen)



gambar aku tak de tapi gambar tgn aku ade la, tgk tangan aku kat mna, kat bahu okeh.. sungguh CEK NAM kan.. tambah2 klu jumpa faraE, semua cerita kuar... 


penat wooo kenuri mcm ni, da semua masak seniri bukannye order katering, tapi org kampung berduyun dtg membantu dari pagi (time dorang dtg pagi wat keje aku pun tak bangun lagi (dasar pemalas), gigih kan org kg aku??).. tuh la klu duduk kampung, semua datang tolong... setaun sekali ingat nak wat kenuri mcm ni.. Insyaallah aku hanya mampu merancang.. tuhan yang tentukan.. niat da ade.. tak ruginye kita malah besar pahalanya..




Rabu, 31 Oktober 2012

gift untuk majlis aqiqah


Raya Haji baru-baru ni, aku ada buat majlis aqiqah aminazahra kat penang.... disebabkan plan asal nak wat kecil kecilan je jadi aku bajet munkin yang datang dalam 90 org - 100 org tetamu je, maka aku beli la botol utk gift tuh 100 bijik dan bunga telor (30 batang untuk org baca tahlil) tapi disebabkan tok abah ngan tok mama terlebih xcited maka sekampong la tetamu yang datang, gift tuh sape yang dtg awl je yang dapat, yang dtg lewat mmg tak dapat la.. okeh ni gift yang tetamu dapat

^




^






^  

sticker utk dilekatkan- idea & print by zullah


riben aku blajar kat google, tq en. google


kerahan tenaga oleh maksu & pakcik syuhir


cloose up skit biskut bijik asam, untuk 100 biji botol = 1 tin (4kg) + 2kg biskut (untuk 100 biji botol tak cukup klu beli 1 tin biskut kena tambah lagi 2 kg)


sori banyak nih je aku sempat snap, da bagi kat tetamu baru sedar gift yang da siap aku belum amik gambar lagi. jadi ni la rupanya gift bila da siap untuk majlis aqiqah aminazahra. bunga telor pun tak sempat nak snap.. tgk2 da licin.. sori sekali lagi sbb aku kebizian, tetamu yang datang ramai, tetiba aku jadi gelabah.. hahaha



Rabu, 24 Oktober 2012

selamat hari raya korban


selamat hari raya korban semua
kepada sesapa yang nak pulang beraya ke kampung 
dan 
kepada sesapa yang suka merempit bila pulang beraya di kampung
ingat tau.. yang nak dikorbankan tuh LEMBU
bukannye korang..
hati-hati

BOLA


dulu
borak pun x reti
dengar pun tak paham
hanya bijik mata
kekiri... kekanan
kekiri.. kekanan

sekarang
akulah pengulas
akulah pengkritik
bila mat yo sepak 
aku pun terkangkang kangkang sepak angin
bila gol 
aku 'goooooooooooooool'
(sambil diperhatikan oleh amina, zahra n papa, pedulik)
dup dap dup dap
mcm la aku dijanjikan akan dpt tanah jgk... 

tapi
aku bukan mcm org tuh
game da habis
lubang idung masih kembang sampai sekarang
pak supian satu spesis ngan zaim. hahahahaha
(ok.. x baik kutuk laki seniri) 

gomo kelate gomo  
klntn 3  vs  2 atm



Jumaat, 19 Oktober 2012

KOLEKSI LAWAK SAMY VELU


1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"


4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"


5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")



9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"



10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"



comey kan samy velu????  Sekian lawak hari jumaat dari aku..