Isnin, 19 November 2012

sepanjang promosi kraf inspirasi alam

promosi da habis aku baru nak bercerita, masa promosi hari tuh banyak jugak aktiviti yg berlansung tapi aku biasala protokol memang wajib (tah bila aku jadi protokol, surat apa pun x de, tetiba jer), kemudian PR buat pertandingan fotografi, pun aku bertugas. pastu plak tgh rancak promosi kraf inspirasi alam berlansung plak majlis konvo IKN, itu pun aku bertugas, sampai cirit birit la... 

hebat sungguh, 2 hari aku tak bangun, hari ke-3 baru aku bangun pegi klinik, 4 hari aku x makan, hanya minum air masak, semua benda yang masuk mulut aku semua aku rasa pahit, time tuh aku rasa mcm da nazak pun ada, ye lah aku tak penah sakit teruk mcm tuh, sampaikan menangis tersedu2 mengenangkan nasib diri, sungguh sakit aku rasa waktu tuh, perut aku sakit sgt mcm baru lepas bersalin, berjalan pun kena bongkok skit sambil pegang perut.. tak penah aku kena cirit birit teruk sampai mcm nih..

 Alhamdulillah sekarang da okeh tapi aku fobia nak makan makanan yang dijual, dan aku jadi sgt berhati2 memilih makanan, aku takut sakit perut lagi.. ubat sentiasa ada dalam handbeg aku. mana lah tau klu tetiba perut aku meragam lagi, sekarang nih aku tak bole makan pedas, sikit pun tak bole... tak pe la.. elok untuk kesihatan.. okeh gambar aku time sakit tak de, klu ade pun tak der nye aku nak tunjuk kat korang rupa org sakit, kang korang tak bole beza antara aku ngan hantu kak limah... hehehehe.. 

untuk membuktikan aku bertugas time promosi hari tuh, (cuma last2 je aku tak dapat bertugas sebab sakit kan,) tgk la gambar bukti kerja keras aku... 

majlis sidang media promosi kraf inspirasi alam



 pertandingan fotografi


 majlis konvo IKN



sekian
berkhidmat utk kraftangan


Isnin, 5 November 2012

sila telan air liur masing2

sebenarnya nih sambungan dari kisah majlis aqiqah aminazahra, ramai org dok tnya napa tak letak gambar kenuri aqiqah, aku bukan tak nak letak tapi aku tak sempat nak pegang camera pun, org ramai sgt lepas tuh dok bersalam salaman, cium semut, sembang pot pet pot pet... mna nak ingat amik gambar, tapi tak pe, adik kesayangan aku ada amik, nih pun aku mintak kat dia.. meh kita tgk menu yang ada pada majlis tuh


time nih org x ramai lagi (nih geng yg baca tahlil)



lauk yang pelbagai, org kg datang masak ramai2, sedapnya... nyumnyum.. 



ada gulai nangka, sup daging mabeles dan asam pedas batang keladi mengaum.. hahaha



ohh... lupa ayam masak merah maklong yang sgt pemes kat kampong... aku tak tau nak cerita mcm mna rasa dia tapi bila makan ayam masak merah tuh rasa mcm ngko menang 1 juta.. pecayalah kawan-kawan



air asam cicah ngan daging sup tadi.. terangkat weii..



kerabu bunga betik. penah mkn? mmg pahit skit tapi sgt baik utk kesihatan, kat utara mmg pemes.. kat sini tak tau la korang panggil apa.. (tgk kejap je da licin)



nih lagi 1 peberet aku, sambal belacan tambah buah quenen (aku tau nama quenen je, klu korang panggil buah apa?) k.yan, kzaidah ada wat sambal belacan mcm nih, tapi tak KAWWWW mcm nih.. tgk hirisan buah quenen besar2, bila gigit...wowwww... (okeh sila bayangkan seniri)



ni acar limau yang dibuat seniri oleh tok cik aku... segala mcm buah ada dlm nih.. (time aku taip aku tak tau la bape gelen air liur aku telan, korang mcm mna? masih bole bertahan ke?)



nih tapai, menu wajib atok aku, dia wat seniri wooo.. sedap, lembut, manis.... aduhhhh... (telah lagi air liur, klu time pose, aku rasa da batal pose aku dok telan air liur bergelen)



gambar aku tak de tapi gambar tgn aku ade la, tgk tangan aku kat mna, kat bahu okeh.. sungguh CEK NAM kan.. tambah2 klu jumpa faraE, semua cerita kuar... 


penat wooo kenuri mcm ni, da semua masak seniri bukannye order katering, tapi org kampung berduyun dtg membantu dari pagi (time dorang dtg pagi wat keje aku pun tak bangun lagi (dasar pemalas), gigih kan org kg aku??).. tuh la klu duduk kampung, semua datang tolong... setaun sekali ingat nak wat kenuri mcm ni.. Insyaallah aku hanya mampu merancang.. tuhan yang tentukan.. niat da ade.. tak ruginye kita malah besar pahalanya..




Rabu, 31 Oktober 2012

gift untuk majlis aqiqah


Raya Haji baru-baru ni, aku ada buat majlis aqiqah aminazahra kat penang.... disebabkan plan asal nak wat kecil kecilan je jadi aku bajet munkin yang datang dalam 90 org - 100 org tetamu je, maka aku beli la botol utk gift tuh 100 bijik dan bunga telor (30 batang untuk org baca tahlil) tapi disebabkan tok abah ngan tok mama terlebih xcited maka sekampong la tetamu yang datang, gift tuh sape yang dtg awl je yang dapat, yang dtg lewat mmg tak dapat la.. okeh ni gift yang tetamu dapat

^




^






^  

sticker utk dilekatkan- idea & print by zullah


riben aku blajar kat google, tq en. google


kerahan tenaga oleh maksu & pakcik syuhir


cloose up skit biskut bijik asam, untuk 100 biji botol = 1 tin (4kg) + 2kg biskut (untuk 100 biji botol tak cukup klu beli 1 tin biskut kena tambah lagi 2 kg)


sori banyak nih je aku sempat snap, da bagi kat tetamu baru sedar gift yang da siap aku belum amik gambar lagi. jadi ni la rupanya gift bila da siap untuk majlis aqiqah aminazahra. bunga telor pun tak sempat nak snap.. tgk2 da licin.. sori sekali lagi sbb aku kebizian, tetamu yang datang ramai, tetiba aku jadi gelabah.. hahaha



Rabu, 24 Oktober 2012

selamat hari raya korban


selamat hari raya korban semua
kepada sesapa yang nak pulang beraya ke kampung 
dan 
kepada sesapa yang suka merempit bila pulang beraya di kampung
ingat tau.. yang nak dikorbankan tuh LEMBU
bukannye korang..
hati-hati

BOLA


dulu
borak pun x reti
dengar pun tak paham
hanya bijik mata
kekiri... kekanan
kekiri.. kekanan

sekarang
akulah pengulas
akulah pengkritik
bila mat yo sepak 
aku pun terkangkang kangkang sepak angin
bila gol 
aku 'goooooooooooooool'
(sambil diperhatikan oleh amina, zahra n papa, pedulik)
dup dap dup dap
mcm la aku dijanjikan akan dpt tanah jgk... 

tapi
aku bukan mcm org tuh
game da habis
lubang idung masih kembang sampai sekarang
pak supian satu spesis ngan zaim. hahahahaha
(ok.. x baik kutuk laki seniri) 

gomo kelate gomo  
klntn 3  vs  2 atm



Jumaat, 19 Oktober 2012

KOLEKSI LAWAK SAMY VELU


1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"


4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"


5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")



9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"



10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"



comey kan samy velu????  Sekian lawak hari jumaat dari aku..

Khamis, 18 Oktober 2012

mari berlagak kaya

                    

                   apabila..

2 minggu selepas gaji makan maggi

                     tapi 

ujung-ujung bulan makan mekdi



Selasa, 16 Oktober 2012

bahagia bila ada kawan macam korang

                                                 
   KURSUS INTER PERSONAL (KPKK)
12-14 OKTOBER 2012
KSL HOTEL & RESORT

mai & nad


 mai, aku & fairus (staff caw johor yg sgt peramah mcm 10 taun kenal @ kekasih gelap mai-heheh)


aku, nad yg suka bergambar dan my bff mai


aku, as, paah, (kawan sama-sama pegi interbiu) & mai


sayang korang semua



Jumaat, 21 September 2012

pesanan untuk aku



Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti 






Jumaat, 7 September 2012

my busyuk masyam

tiada kata yang mampu aku ucapkan betapa bahagianya aku, hanya mampu mengucapkan syukur. terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku 2 pari-pari kecil ini.. 


qaseh nur amina dan qaseh nur zahra



Khamis, 6 September 2012

engagement

Raya ke-3 yang lepas cousin aku (farah eziana shiron) bertunang, oleh kerana aku beraya di kelate jadi aku tak dapat attend dia punye engagement, nak wat mcm mna, tak kan raya ke-2 aku da nak balik penang, nati my mil kata apa plak, raya kedua da nak lari ke?? so raya ke-5 baru ada kat penang tapi penantin da balik KL.. sebenarnya faraE nak habiskan kerja2 dia sebelum dia resign kat NST, oh ya lepas nih dia balik penang terus sbb dapat kerja kat penang, faraE kena lapor diri pada 3/9/2012, alhamdulillah rezeki bertunang kot..
meh kita tgk beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh adik aku.


faraE n friend



 faraE mother (my maklong)



our nenek.. alhamdulillah masih sihat



faraE n auntie gojes



buah hati aku- my mom, auntie gojes n my nenek


tahniah faraE, selamat bertunang dan selamat menempuh alam pekerjaan di tempat baru..

Isnin, 3 September 2012

kemeriahan yang tak diduga

masih lagi mood raya?? puasa kan sebulan.. jadi raya pun sebulan la.. aku mmg puasa cukup.. jadi kena la raya sebulan.. korang la puasa tak cukup... hahahahahahah...
nama pun raya kan jadi mesti la kena ada adegan gambar bersama dayang2. tak banyak gambar nya, sekeping dua je.. cuba tgk klu mak2 bergambar... mesti nak gedik lebih kannnn... 


yang depan sekali ni anak buah aku nama dia AIDA MELISSA, dia nih suka bergaya, amik la gambar penjuru mana pun muka tetap mantain, comel jer..



jemput la datang umah, mak mentua kita masak nasi dagang, kite mkn jer.. he.. 
(jendela dah cantik tapi gambar gelap.. sedih..)



my SIL yang sama umo dan sama giler mcm aku..


terima kasih ya Allah kerana kurnia kan aku kebahagiaan ini, walaupun aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil tapi aku diberi peluang untuk merasai kemeriahan, keriuhan dalam sebuah keluarga yang sangat besar, besar dari segi jumlah adik beradik, besar dari segi kasih sayang, besar dengan sifat mengambil berat, besar dengan sifat hormat menghormati antara satu sama lain, kagum aku dengan MIL dan FIL membesarkan 10 orang anak  sehingga kesemuanya berjaya. Kepada suami tercinta pak supian, terima kasih kerana memberi isterimu peluang untuk merasai kemeriahan berkeluarga besar. tiada istilah sunyi bila pulang ke kampung berhari raya.. terima kasih semua..



Khamis, 30 Ogos 2012

salam aidilfitri semua

Tahun ni tema aku satu family oghen (sebut kena loghat utara skit) pak supian yg pilih tema, aku ikut je, best gak klu pagi2 raya pakai color menyerlah mcam ni, dok sebatu pun bole nampak.. raya kali ni aku balik kelantan dan pada hari raya ke-5 baru balik penang, pic ni masa beraya di kelantan.. nih je pic yang sempat amik, jadilah dari tak de lansung... 



wit love - mohd supian stopha, hamiza said, qaseh nur amina & qaseh nur zahra



Ahad, 1 Julai 2012

edisi PERAM- kenuri di sg petani kedah



muka adik tengah marah, semua org nak amik dukung dorang tapi jgn harapla.. sebab tuh muka adik mcm tuh



mcm ni la klu pak supian jaga ank2 dia, dia tak sedar yang si kakak tengah main2 ngan makanan tuh..



lepas makan kita sign apa yg patut (bajet retis)



ala cahaya plak, kakcik mmg tak reti amik gambar



masuk umah bergambar depan pelamin dengan amina, zahra ada kat luar dengan pak supian



mak penantin yg bertudung merah (makteh aku)



 gambar bersama family harus la ada kan..



selamat penantin baru untuk kak oun dan somi, kakak harap kak oun bahgia meniti hari2 sebagai seorang isteri dan ibu (INSYAALLAH).. amin...




Sabtu, 30 Jun 2012

tebiat ke tabiat?? org utara kata 'buang tebiat'


shuhhhhh.. shuhhhhhhh... diam.. diam..



klu korang teror, cuba teka zahra dok buat apa????

^




^




^



berak?

NO

^





^




^







^





merajuk?

NO

^






^






^
 x tau?
jom tgk





^





^





^





^
zahra tengah TIDO




zahra ni pelik skit, klu dia rasa ngantuk kat mana2 pun dia bole tido, bwh meja, bwh kerusi, tgh umah, depan pintu bilik... (ikut pangai pak supian)


Jumaat, 29 Jun 2012



2 Julai 2012,
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
terima kasih ya ALLAH..
kerana mendengar doaku walaupun aku sering mengabaikan MU..





Rabu, 6 Jun 2012

KEK LAPIS DAYANG SALHAH



kata org klu ke sarawak wajib beli kek lapis ni, tapi aku tak beli pun sebab da selalu sgt jumpa masa promosi2 kraf kat sini.

ini bukan kek lapis dayang tapi aku rasa sedap je


aku tak beli tapi aku merasa, hahaha semua jenis kek lapis aku rasa..




ini baru betul kek lapis dayang salhah, kena naik bot kecik ke seberang


ramai betul orng yg membeli


semua tuh bole rasa



mcm2 jenis sampai aku lupa apa yang aku makan


di satu sudut dorang letak gambar artis2 yang penah singgah kat kedai nih, byk jugak artis2 yg datang termasuk la ct nolija, siap print gambar besar lagi..


aku dok tanya penduduk kat situ kek lapis mna yang paling sedap tapi dalam byk2 aku dok tnya tuh sorang pun tak rekemen kek lapis dayang salhah padahal glamor tuh kat semenanjung.. dorang kata tak sedap, kering dan tak moist.. sebenarnya byk lagi yg sedap tapi org semenanjung je tak tau..  ohh begitu rupanya..