Sabtu, 5 November 2011

gomo klate gomo

oleh kerana aku exited nak balik beraya kelantan maka aku gigih dok mencari menu apa mak mentua aku nak masak utk raya kali nih.. kahkahkahkah.. gila jahat aku, nak balik makan jer. alah.. korang bukannyer x tau kat klate tuh byk makanan yang best2 dan pelik2 (bagi aku yg dok utara).

sorang utara (aku penang), sorang timur (pak supian klate).. best.... sebab per aku kata best?? byk yang aku belajar tau, dari segi adat dorang, percakapan dorang (ayam-itik=tak paham aku gelak jer), dari segi pergaulan dorang dan yang paling2 aku suka makanan dorang.. mmg tak der kat penang (asyik nasi kandaq ja.. boring).

klu balik klate aku suka ikut mak mentua aku g pasar, kat pasar mcm2 benda yang aku sendiri, seumur idup tak penah jumpa.. kat sana kebanyakan penjual adalah wanita.. mokcik2 tua yang x larat nak jalan pun ada, punyer semangat nak cari rezeki.. 




meh kita berkenalan ngan makanan-makanan kat kelantan:



nasi kerabu- merata kelantan ade.. nasi mesti color biru, ada solak lada, telur masin, daging bakar, keropok,ulam (taugeh, kacang, bunga kantan, dll), sambal dan yang paling penting BUDU





nasi dagang-untuk membuat nasi dagang ada beras khas yang dijual di mana2 kedai kat klate, lauk utama nasi dagang ialah gulai ikan tongkol dan acar timun





nasi air- kuahnya yang mempunyai rasa ayam yang sangat sedap dan panas. ditambah pula dengan isi ayam yang dicarik2 dan suhun serta daun bawang, dicampur pula dengan sos yang pedas dan manis.





nasi tumpang- mmg special dan jarang jumpa klu kat KL nih, nasi tumpang ade 6 hingga 7 jenis lauk (bertingkat2)   fuuhhhhh.. sedaaapppp....





laksam- laksa nyer mcm char key teow, kuah (ikan, bawang merah, halia, santan, garam, sedikit lada itam dan ulam (sama mcm nasi kerabu). nyum....nyum...





 ketupat sotong- sangat-sangat sedap, dalam perut sotong tuh ade pulut, kuah nyer santan dgn gula merah... serius terbaaaiiiiikkkk..





puteri mandi-tepung pulut (pelbagai warna) yang dibentuk bulat dan direbus kemudiannya dimasak bersama gula melaka dan parutan kelapa muda. 



buah tanjung- Cara penghasilannya sama seperti jala emas cuma ianya digentel bulat seperti buah tanjung dulu sebelum dimasak dengan air gula.



jala emas-Ianya dibuat dengan campuran kuning telur dan tepung dan dimasak dalam air gula. dulu2 ianya menjadi santapan diraja kerana kos penghasilannya yang tinggi dan cara penghasilannya agak rumit. skarang ianya dibuat sebagai hantaran perkahwinan.






woh gomok- isi kelapa yang dimasak bersama gula melaka sehingga kering, dibentuk bulat dan ditabur dengan tepung kacang ijo yang dikisar halus (dicampur dgn tepung biasa)




akok- kuih ni mmg banyak kat kelantan. Ianya diperbuat daripada putih telur yang dipukul sebati bersama tepung gandum dan gula melaka. Tekstur akok ditentukan berdasarkan nisbah telur dan tepung yang digunakan, kuih nih klu orang tak de gigi makan mmg tak de hal.. sbb akok nih lembut je




lompat tikam-kuih ini tidak bermusim, isinya potongan tepung pulut, pulut merah dan dicampur bersama santan dan gula merah



cek mek molek- ubi keledek yg di uli bersama tepung dan di gentel menjadi bujur, isinya hanya gula. nikmatnya apabila digigit keluar air gula meleleh.. mmg sedaaappp...




netbak- macam bahulu tapi direndam dengan air gula.. manis..






badak berendam- dalamnya inti kelapa dan cara membuatnya sama dengan inti kuih koci atau onde-onde





tahi itik-ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gulai dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik menurut cita rasa pembuatnya





kerabu sare( kerabu sarek)- sejenis makanan yang dibuat daripada rumpai laut yang telah dikeringkan. klu korang tgk rupa rumpai laut nih mesti tak lalu makan. cara makan: limau nipis, kelapa goreng yang di gaul dengan ikan rebus dan kuah sambal tumis santan, digaul semua sekali dan makan dengan nasi panas2




sumber: en. google


 

2 ulasan:

Luv berkata...

amboi ija.. citer make jek dia.. sedap nye tgk nasi tumpang tu.. indu nak make.. huhuhu

Nor Iman Hashim berkata...

sodap-sodapnyer mknan nyer...