Sabtu, 5 November 2011

gomo klate gomo

oleh kerana aku exited nak balik beraya kelantan maka aku gigih dok mencari menu apa mak mentua aku nak masak utk raya kali nih.. kahkahkahkah.. gila jahat aku, nak balik makan jer. alah.. korang bukannyer x tau kat klate tuh byk makanan yang best2 dan pelik2 (bagi aku yg dok utara).

sorang utara (aku penang), sorang timur (pak supian klate).. best.... sebab per aku kata best?? byk yang aku belajar tau, dari segi adat dorang, percakapan dorang (ayam-itik=tak paham aku gelak jer), dari segi pergaulan dorang dan yang paling2 aku suka makanan dorang.. mmg tak der kat penang (asyik nasi kandaq ja.. boring).

klu balik klate aku suka ikut mak mentua aku g pasar, kat pasar mcm2 benda yang aku sendiri, seumur idup tak penah jumpa.. kat sana kebanyakan penjual adalah wanita.. mokcik2 tua yang x larat nak jalan pun ada, punyer semangat nak cari rezeki.. 




meh kita berkenalan ngan makanan-makanan kat kelantan:



nasi kerabu- merata kelantan ade.. nasi mesti color biru, ada solak lada, telur masin, daging bakar, keropok,ulam (taugeh, kacang, bunga kantan, dll), sambal dan yang paling penting BUDU





nasi dagang-untuk membuat nasi dagang ada beras khas yang dijual di mana2 kedai kat klate, lauk utama nasi dagang ialah gulai ikan tongkol dan acar timun





nasi air- kuahnya yang mempunyai rasa ayam yang sangat sedap dan panas. ditambah pula dengan isi ayam yang dicarik2 dan suhun serta daun bawang, dicampur pula dengan sos yang pedas dan manis.





nasi tumpang- mmg special dan jarang jumpa klu kat KL nih, nasi tumpang ade 6 hingga 7 jenis lauk (bertingkat2)   fuuhhhhh.. sedaaapppp....





laksam- laksa nyer mcm char key teow, kuah (ikan, bawang merah, halia, santan, garam, sedikit lada itam dan ulam (sama mcm nasi kerabu). nyum....nyum...





 ketupat sotong- sangat-sangat sedap, dalam perut sotong tuh ade pulut, kuah nyer santan dgn gula merah... serius terbaaaiiiiikkkk..





puteri mandi-tepung pulut (pelbagai warna) yang dibentuk bulat dan direbus kemudiannya dimasak bersama gula melaka dan parutan kelapa muda. 



buah tanjung- Cara penghasilannya sama seperti jala emas cuma ianya digentel bulat seperti buah tanjung dulu sebelum dimasak dengan air gula.



jala emas-Ianya dibuat dengan campuran kuning telur dan tepung dan dimasak dalam air gula. dulu2 ianya menjadi santapan diraja kerana kos penghasilannya yang tinggi dan cara penghasilannya agak rumit. skarang ianya dibuat sebagai hantaran perkahwinan.






woh gomok- isi kelapa yang dimasak bersama gula melaka sehingga kering, dibentuk bulat dan ditabur dengan tepung kacang ijo yang dikisar halus (dicampur dgn tepung biasa)




akok- kuih ni mmg banyak kat kelantan. Ianya diperbuat daripada putih telur yang dipukul sebati bersama tepung gandum dan gula melaka. Tekstur akok ditentukan berdasarkan nisbah telur dan tepung yang digunakan, kuih nih klu orang tak de gigi makan mmg tak de hal.. sbb akok nih lembut je




lompat tikam-kuih ini tidak bermusim, isinya potongan tepung pulut, pulut merah dan dicampur bersama santan dan gula merah



cek mek molek- ubi keledek yg di uli bersama tepung dan di gentel menjadi bujur, isinya hanya gula. nikmatnya apabila digigit keluar air gula meleleh.. mmg sedaaappp...




netbak- macam bahulu tapi direndam dengan air gula.. manis..






badak berendam- dalamnya inti kelapa dan cara membuatnya sama dengan inti kuih koci atau onde-onde





tahi itik-ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gulai dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik menurut cita rasa pembuatnya





kerabu sare( kerabu sarek)- sejenis makanan yang dibuat daripada rumpai laut yang telah dikeringkan. klu korang tgk rupa rumpai laut nih mesti tak lalu makan. cara makan: limau nipis, kelapa goreng yang di gaul dengan ikan rebus dan kuah sambal tumis santan, digaul semua sekali dan makan dengan nasi panas2




sumber: en. google


 

Jumaat, 4 November 2011

kayuh basikal keliling kampung

dulu kecik2 aku suka kayuh basikal keliling kampung, ckp la depan..blakang umah sape aku tak lalu.. habis aku redah, x kira la halaman umah org ker... korang penah ke ade pengalaman kayuh basikal? best kan.. alaa.. budak2 kira nak sonok jer.. time tuh kan ade ramai geng.. kiranya satu kampung la kenal aku.. hahahaha.. gile kaki rayau kan..

tapi budak2 sekarang ade lagi ker yang kayuh basikal keliling kampung atau taman?? mna de...
basikal sekarang pun da pelik2, ade yang tayar besar, colorful mcm pelangi, pastu basikal sekarang slim jer body nyer dan yang terbaru ni brek pun tadak.. isshhhhh.. tak brani aku, mau tersembam kang.. mcm mna la dorang naik kan.. budak2 skrang hebat betul..
meh kita tgk cemana basikal aku dulu2.. auuuuuwwwwwwww....


basikal mini aku dulu mcm nih la.. pergghhh...buruknyerrr...gila klasik kan... nih la basikal yang aku kayuh keliling kampung ngan kawan2 aku sambil bersiul sakan..

tapi budak sekarang nih tak naik da basikal mini, dorang lagi canggih, ubahsuai sna sini.. kecik2 da naik moto.. aku dulu nak pegang moto pun takut, budak skarang brani....

^






^






^







^


 kategori kreatip = nih pesyen merempit tahap budak baru belajar.. relax jer ubahsuai moto..

^





^





^






^


kategori kreatip la sgt = hahahaha.. korang tgk la.. ape yang pelik di situ??

^





^





^





^

tayar basikal anak aku pun di letaknya... bangang giler... ade fungsi ke tayar kecik tuh??

^





^





^

hah nih lagi hebat.. dari muda sampai ke tua asyik merempit jer..


^





^





^






^






^






^



sudah2 la mokcik, insaf la... tak baik merempit nih.. hahahahaha..
betis kalah jeniper lopes

KORANG MAMPU???






Khamis, 3 November 2011

Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari




LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.



BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.
Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP



majlis ulama indonesia mengesahkan kopi luwak halal untuk diminum

petikan dari KOSMO



 
P/S: hah nak ke korang minum kopi nih?? mampu??? hahahah..
ada yg bersih tak nak.. nak jugak yg kuar dari bontot.. alahai manusia....